Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawas aki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mines : I
-
TERTARIK INGIN MENGETAHUI SEJARAH INI SAAT TERDENGAR LAGU ASYURA NYANYIAN KUMP NASYID FAREAST .. :))TRAGEDI KARBALA PARA KSATRIA KARBALA Perjalanan sejarah telah dipenuhi oleh figur-figur teladan dan tokoh-tokoh besar yang namanya a...
-
(yg ni aku py...xtw nk kate abes ke x...sbb mcm sme byk je ngn yg tempah mule2) (licin-licin sume...lapo yerk kak! haha...) (sedapnyerrrrrrr...
-
Kisah Karbala: Imam Husain as dan Para Pengikut Setianya Karena Imam Husain as dan rombongannya diberi waktu satu malam, maka...
-
Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba, tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya diberika...
-
FREEMASON..??? Allah SWT berfirman yg Ertinya “TIDAK AKAN RELA ORANG YAHUDI DAN NASRANI KPD ENGKAU SEHINGGA ENGKAU TURUTI FAHAM AJARAN MER...
-
26 Januari 1992. Hari ini, menjadi titik indah buatku. Hadirnya cahaya mata ini mengutuhkan lagi hubungan kami sebagai sepasang suami ist...
-
assalamualaikum... ari nie 1/8/2011bersamaan 1 ramadhan, adla hari pertama umat islam menyambut ramadhan al mubarak pd tahun nie... alhamd...
-
(AKU SAMA SKALI TAK SOKONG PEMBINAAN GEREJA SIAL INI !! 100% TAK SOKONG !!!!!! DAH LA BINA KAT MALAYSIA. !! APA MENGARUT SUME NI??? BUKANKAH...
-
Assalamualaikum wbh Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli...
-
Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga...
No comments:
Post a Comment